MY Life
Me And My Life




~~It's Me~~



Name : Nor Fazilah @ Ila
DOB : 23 June 1980
POB : Kuala Lipis, Pahang
Status : Married - 24 July 2004
Husband : Mohamad Salzeli
Location : Wilayah Persekutuan Labuan



~~Mood Ila Hari Nie~~





~~jOm bOrak denGan iLa~~

   

<< November 2009 >>
Sun Mon Tue Wed Thu Fri Sat
01 02 03 04 05 06 07
08 09 10 11 12 13 14
15 16 17 18 19 20 21
22 23 24 25 26 27 28
29 30


If you want to be updated on this weblog Enter your email here:



rss feed


Friday, November 05, 2004
Selamat Berpuasa dan Berbuka

Assalamualaikum.....
mulanya aku nak mintak maaf la kerana dah lama tak update blog aku ni....actually aku balik bercuti di semenanjung....sepanjang bercuti aku tak berpeluang buka blog coz umah aku takde intenet...tambah lak aku bz ngan urusan kenduri kahwin aku pada raya ke-4 ni...macam-macam urusan nak kena dibereskan....minggu ni baru aku masuk opis..tapi aku bz sesangat coz aku nak kena siapkan nota kuliah...dan macam-macam persediaan mengajar coz semester 2 baru bermula...kamis minggu depan aku akan kembali semula ke semenanjung untuk sambutan aidilfitri dan majlis kenduri kahwin aku.....

Posted at 04:13 pm by ila&salzeli
Comments (54)  

Monday, September 27, 2004
iNFO

RAHSIA perempuan yang lelaki PERLU tahu..

1. Bila sorang wanita mengatakan dia sedang bersedih, tetapi dia tidak menitiskan airmata, itu bermakna dia sedang menangis di dalam hatinya.

2. Bila dia tidak menghiraukan kamu selepas kamu menyakiti hatinya,lebih baik kamu beri dia masa untuk menenangkan hatinya semula sebelum kamu menegur dengan ucapan maaf.

3. Wanita sukar nak cari benda yang dia benci tentang orang yang paling dia sayang(sebab itu ramai wanita yang patah hati bila hubungan itu putus di tengah jalan).

4. Sekiranya sorang wanita jatuh cinta dengan sorang lelaki,lelaki itu akan sentiasa ada di fikirannya walaupun ketika dia sedang keluar dengan lelaki lain.

5. Bila lelaki yang dia suka dan cinta merenung tajam ke dalam matanya,dia akan cair seperti coklat!!

6. Wanita memang sukakan pujian tetapi selalu tidak tau macam mana nak menerima pujian.

7. Jika kamu tidak suka dengan gadis yang sukakan kamu separuh mati, tolak cintanya dengan lembut,jangan berkasar sebab ada satu semangat dalam diri wanita yang kamu tak akan tahu bila dia dah buat keputusan, dia akan lakukan apa saja.

8. Sekiranya sorang gadis mula menjauhkan diri darimu selepas kamu tolak cintanya,biarkan dia untuk seketika.Sekiranya kamu masih ingin menganggap dia sorang kawan,cubalah tegur dia perlahan-lahan.

9. Wanita suka meluahkan apa yang mereka rasa.Muzik,puisi,lukisan dan tulisan adalah cara termudah mereka meluahkan isi hati mereka.

10. Jangan sesekali beritahu perempuan yang mereka ni lansung tak berguna.

11. Bersikap terlalu serius boleh mematikan mood wanita.

12. Bila pertama kali lelaki yang dicintainya dalam diam memberikan respon positif,misalnya menghubunginya melalui telefon,si gadis akan bersikap acuh tak acuh seolah-olah tidak berminat,tetapi sebaik saja ganggang diletakkan,dia akan menjerit kesukaan dan ! tak sampai sepuluh minit,semua rakan-rakannya akan tahu berita tersebut.

13. Sekuntum senyuman memberi seribu erti bagi wanita.Jadi jangan senyum sebarangan.

14. Jika kamu menyukai sorang wanita,cubalah mulakan dengan persahabatan.Kemudian biarkan dia mengenalimu dengan lebih mendalam.

15. Jika sorang wanita memberi seribu satu alasan setiap kali kamu ajak keluar,tinggalkan dia sebab dia memang tak berminat denganmu.

16. Tetapi jika dalam masa yang sama dia menghubungimu atau menunggu panggilan darimu,teruskan usahamu untuk memikatnya.

17. Jangan sesekali mengagak apa yan dirasakannya.Tanya dia sendiri!!

18. Selepas sorang gadis jatuh cinta,dia akan sering tertanya-tany kenapalah aku tak jumpa lelaki ini lebih awal.

19. Kalau kamu masih tercari-cari cara yang paling romantik untuk memikat hati sorang gadis,cubalah rajin-rajinkan tangan menyelak buku-buku cinta.

20. Bila setiap kali gambar kelas keluar,benda pertama yang dicari oleh wanita ialah siapa yang berdiri di sebelah buah hatinya,kemudian barulah dirinya sendiri.

21. Bekas teman lelaki akan sentiasa ada di fikirannya tetapi lelaki yang dicintainya sekarang akan berada di tempat teristimewa iaitu di hatinya!!

22. Satu ucapan 'Hi' sahaja sudah cukup menceriakan harinya.

23. Teman baiknya saja yang tahu apa yang sedang dia rasa dan lalui.

24. Wanita paling benci lelaki yang berbaik-baik dengan mereka semata-mata nak tackle kawan mereka yang paling cantik.

25. Cinta bermaksud kesetiaan, ambil berat, jujur dan kebahagiaan tanpa sebarang kompromi.

26. Semua wanita mahukan sorang lelaki yang cintakan mereka sepenuh hati..

27. Senjata wanita adalah airmata!!

28. Wanita suka jika sesekali orang yang disayanginya mengadakan surprise buatnya(hadiah,bunga atau sekadar kad ucapan romantis).Mereka akan rasa terhadapmu.

29. Wanita mudah jatuh hati pada lelaki yang ambil berat tentang mereka dan baik terhadapnya.So,kalau nak memikat wanita pandai-pandailah...


30. Sebenarnya mudah mengambil hati wanita kerana apa yang dia mahu hanyalah perasaan dicintai dan disayangi sepenuh jiwa.

Posted at 12:25 pm by ila&salzeli
Comments (3)  

Saturday, September 25, 2004
iNFO

REJAB bulan menabur benih.
SYA'ABAN bulan menyiram tanaman.
RAMADHAN bulan menuai.

REJAB menyucikan badannya.
SYA'ABAN menyucikan hatinya.
RAMADHAN menyucikan rohnya.

REJAB bulan taubat.
SYA'ABAN bulan muhibbah.
RAMADHAN dilimpahi pahala amalan.


Posted at 02:59 pm by ila&salzeli
kOmen kat siNi  

iNFO

Suatu hari seorang profesor menulis ayat "Woman without her man is nothing" di papan putih dan menyuruh pelajar-pelajarnya meletakkan tanda bacaan untuk memberikan penekanan dan intonasi yang lebih meyakinkan.


Seorang pelajar lelaki tampil dan setelah merenung-renung ayat itu
dia telah meletakkan tanda-tanda bacaan yang tertentu hingga
ayat itu dibaca seperti berikut:


"Woman, without her man, is nothing"


Usaha pelajar lelaki ini mendapat sorakan semua pelajar
lelaki. Dengan bangganya pelajar ini duduk dan di tempatnya dan
sorakan berterusan.

Kemudian tampil seorang pelajar perempuan. Dia mengerling kepada
semua yang hadir di dalam dewan. Kemudian, dengan penuh yakin dia
meletakkan tanda-tanda bacaaan yang berbeza hingga ayat itu dibaca

seperti berikut:

"Woman! Without her, man is nothing"



Seluruh dewan menjadi sunyi sepi. Masing-masing tergamam. Akhirnya
semua mata tertumpu kepada profesor.

"Well", kata profesor itu
."You can be what you want to be." Lalu
keluar meninggalkan dewan.


Apa yang boleh kita pelajari daripada kisah ini? Banyak, tetapi kata-
kata profesor itu yang menyentak. You can be what you want to be.
Maknanya daripada perkataan yang sama, kita boleh menjadi lemah atau
sebaliknya. Pilihan pada diri kita. Kalau 'woman without her man is
nothing' dibaca dengan nada yang selamba tanpa intonasi tertentu
hasilnya berbentuk negatif bagi wanita. Tetapi apabila dibaca
sebagai "Woman! Without her, man is nothing". Ia begitu memotivasi
dan amat bernilai sekali.

Petikan buku .Dr HM Tuah Iskandar al-Haj, "Membina Hati Bahagia",
(111-112)

P/s: ....biar sapapon kite yg penting kite tetap makhluk NYA


Posted at 12:52 pm by ila&salzeli
Comment (1)  

Thursday, September 23, 2004
Bicara Hati Seorang Wanita....

Segala puji hanya bagiMu Tuhan
Lantaran telah menjadikan daku – seorang wanita
Dicipta dari tulang rusuk kiri Adam
Dengan seindah dan sebaik ciptaan

Daku…..
Si tulang bengkok
Yang KAU gubah dengan kekuatan perasaan
Mengatasi panjangnya akal fikiran, sebagai fitrah dan anugerah
Hasil doa seorang lelaki
Namun Ya Allah
Biarlah kejadianku memberi guna, bengkok yang ada manfaatnya.


Kiranya daku menjadi seorang isteri
Kurniakanlah padaku kekuatan
Menjadi tulang belakang seorang suami, seorang mujahid
Pengembang perjuangan disayap kiri
Diadun dengan kelembutan
Menjadi teman sejati, sahabat setia, penyejuk mata, pembina semangat dan penguat jiwa
Seanggun peribadi Saidatina Khadijah
Ketenangan baginda Rasulullah, utusan Allah.

Bebas jiwa dari belenggu keperempuanan
Yang memiliki sembilan nafsu
Merdeka dari kepentingan peribadi
Setulus Siti fatimah yang seringkali ditinggalkan suami,
Saidina AliDihantar pemergiannya tanpa bertanya
“Bila kan pulang?”
Disambut kepulangannya dengan penuh khidmat dan kemanisan
Bersulamkan kemesraan
Rumahtangga adalah syurga
Wadah suburnya CINTA ketuhanan, Ubudiyyah
Akal yang tunggal tidak dibiarkan
Hanya berlega dicelahan periuk belanga
Di sebalik lipatan lampin anak
Menjangkau kebangkitan Islam di alam sejagat
Menjadi pentadbir di sebalik tabir!!!

Namun Ya Tuhan
Siapalah daku untuk memiliki
Watak wanita solehah pendamping nabi
Dek berkaratnya mazmumah yang bersarang dihati
Maka kurniakanlah daku
Sekeping hati yang sentiasa insaf
Hak seorang suami
Tidak kan mungkin kupenuhi
Biar telah ku jilat nanahnya yang berlelehan
Biar telah ku tadahkan wajahku
Buat mengusap debu di telapak kakinya……

Dan sememangnya daku mengimpikan
Watak seorang ibu
Yang bakal melahirkan
Putera-putera secekal Musa’ab bin Umar
Menggadai dunia demi kasih Tuhannya
Segigih Zubair Ibnu Awwaam
Yang diangkat Rasul sebagai ‘hawarij’nya
Hasil didikan seorang wanita bergelar ibu
Jua..
Memiliki puteri setabah dan seteguh Masyitah
Rela direbus demi mempertahankan iman
Atau sesuci Maryam – seluruh hidupnya
Mengabdikan diri kepada Tuhan

Meskipun daku bukan ibunya yang memiliki peribadi semurni Siti Fatimah
Ibu Syeikh Abdul Kadir Jailani
Yang tiap titis darah mampu berzikir ke hadrat Ilahi

Namun..
Mudah-mudahan zuriatku
Bakal menampilkan
Mujahid-mujahid yang rindu memburu syahid
Srikandi-srikandi yang mampu memakmurkan muka bumi Allah
Dengan ketaqwaan, kesolehah, ramainya ummat Rasulullah
Yang saling redha berkorban dan dikorbankan
Buat menyemarakkan Islam di akhir zaman
Sebagaimana kisah seorang ibu yang telah kematian Putera-puteranya di medan jihad :

“Mereka telah berbahagia sebagaimana aku bahagia.
Aduhai, kiranya aku punya seorang anak lagi,
Kurelakan dia turut gugur di jalan Ilahi!”

Dan seandainya daku ditaqdirkan kehilangan mereka
Setenang Ummu Faisal
Yang tidak menjadikan kematian suami dan anak-anaknya
Halangan Kecintaan padaMu Ya Ilahi

Redhailah daku yang dhaif ini sebagai hambaMu
Inilah pengaduan harap dan munajat
Kiranya KekasihMu sendiri pernah menyatakan


“ Kulihat kebanyakan dari isi neraka itu adalah wanita……..”

Posted at 04:15 pm by ila&salzeli
kOmen kat siNi  

iNFO

15 Things You Probably Never Knew or Thought About

1. At least 5 people in this world love you so much they would die for you.

2. At least 15 people in this world love you in some way.

3. The only reason anyone would ever hate you is because they want to be just like you.

4. A smile from you can bring happiness to anyone, even if they don't like you.

5. Every night, SOMEONE thinks about you before they go to sleep.

6. You mean the world to someone.

7. If not for you, someone may not be living.

8. You are special and unique.

9. Someone that you don't even know exists loves you.

10. When you make the biggest mistake ever, something good comes from it.

11. When you think the world has turned its back on you, take a look: you most likely turned your back on the world.

12. When you think you have no chance of getting what you want, you probably won't get it, but if you believe in yourself, probably, sooner or later, you will get it.

13. Always remember the compliments you received. Forget about the rude remarks.

14. Always tell someone how you feel about them; you will feel much better when they know.

15. If you have a great friend, take the time to let them know that they are great.


Posted at 12:47 pm by ila&salzeli
Comment (1)  

Monday, September 20, 2004
JOKEs


Soalan: Banyak-banyak surat... surat ape yg tak perlu di jawab?

Jawapan: Suratan takdir illahi lahh....

Soalan: Buat Baik berpada-pada, Buat jahat...?

Jawapan: JANGAN LAGI... bukan buat jahat jangan sekali kerana kalau inilah jawapannya maka kena buat jahat berkali-kali sebab disuruh buat jahat jgn sekali... Faham...???

Posted at 07:09 pm by ila&salzeli
kOmen kat siNi  

Friday, September 17, 2004
RAMBUT

Anda tergolong dalam golongan mana???


< 1) RAMBUT LURUS - bijak, seorang yang happy, bergaya, cemburu, dan pandai dalam mengurusan sesuatu tanpa pertolongan

2) RAMBUT KERINTING TEBAL - kurang bijak, degil, cemburu kuat, romantic,banyak pergaulan dan susah dalam menyelesaikan masalah diri, tidak suka termenung,

3) RAMBUT KERENTING NEGRO - bijak, ego, cemburu buta, romantic , memilih dan mudah mengamuk bila susah hendak selesaikan masalah

4) RAMBUT IKAL MAYANG - bijak, berfikir sebelum melakukan sesuatu, berfikiran terbuka, banyak pergaulan, dan mudah memaaf kan seseorang dengan kesilapan lalu.

5) RAMBUT HALUS / LEMBUT - bijak sangat, memilih, pemaaf, manja, tegas dan cepat melakukan perkerjaan dengan bersungguh-sungguh.

6) RAMBUT SIKIT - bijak, sentiasa berfikiran negatif pada seseorang,ego, dan pandai membuka perniagaan walaupun kecil.

7) RAMBUT PERANG - kurang bijak, berfikiran terbuka, pemaaf, sosial dan bijak lari daripada masalah.

8) RAMBUT TEBAL - bijak, degil, cemburu, romantic, kasar, banyakkawan,dan pandai mengambil hati seseorang.

9) RAMBUT KUSUT - sangat bijak, berfikiran terbuka, banyak pergaulan, garang, susah nak memaafkan seseorang, dan pandai dalam mengurusan sesuatu tanpa pertolongan.

10) RAMBUT BERUBAN - kurang bijak, suka termenung, sosial sikit, berfikiran terbuka dan pandai selesai kan masalah diri

11) BOTAK - sendiri pikir..

12) RAMBUT TEKNIK REBONDING???? - takkk....pakai shampoo jeeee.......

Posted at 06:58 pm by ila&salzeli
kOmen kat siNi  

CINTA


selalu yg terjadi....

CINTA :

(sebelum kahwin)

C = cubit kiri, kanan rasa.

I = impian indah ibarat syurga.

N = nikah impian utama.

T = taat setia membawa bahagia.

A = awal dan akhir bersama-sama

(selepas kahwin)

C = cuka yang dituang pada luka.

I = iblis yang merosak minda.

N = nafsu semata-mata.

T = tuba yang dibalas semula.

A = api dalam neraka.

KASIH :

(sebelum kahwin)

K = kongsi semua suka duka.

A = abang adik, ayang anja.

S = sumpah janji di bibir sentiasa.

I = istana bahagia dah dicipta.

H = hatiku hatimu jua.

(selepas kahwin)

K = kaki tangan naik kat kepala.

A = abuk pun tara, nak makan apa??

S = simpati langsung tak ada.

I = ironi membakar jiwa.

H = hidup mati sama je.

SAYANG :

(sebelum kahwin)

S = sikit-sikit SORRY, sikit-sikit SORRY, mengada!

A = asal free mesti nak jumpa.

Y = you lap me, I lap you!

A = apa saja sanggup diduga.

N = nak itu, nak ini... mesti dapat.

G = gula-gula, coklat, teddy bear hadiah utama.

(selepas kahwin)

S = salah sikit kiamat dunia.

A = air tak sedap, basahlah mata.

Y = yang betul dia je.

A = ada takde, bagi anak reti la.

N = nak dilawan, digelar derhaka.

G = gaduh sampai lebam.

HATI :

(sebelum kahwin)

H = hanya dikau yang daku cinta.

A = air paip pun manis macam gula.

T = tak jumpa sehari boleh jadi gila.

I = igauan indah tak terkira.

(selepas kahwin)

H = hantu jembalang lagi sempurna.

A = air mata jadi teman setia.

T = tempat mengadu dah tak ada.

I = ikut hati mati, ikut rasa binasa... nak buat macam mana?

tetapi yg seharusnya ialah...

C-Cinta sebelum berkahwin, biar sederhana, tak melanggar batas agama

I-Impian rumahtangga dirancangkan bersama (bkn praktikal seblm nikah)

N-Nikah didahulukan pembuka gerbang kebahagiaan

T-Timang cahaya mata sbg pengikat kasih sayang

A-Amalkan perintah Tuhan, Insyaallah bahagia membawa ke syurga.

K-Kasih berputik dikala pertunangan diikat

A-Akad dilafaz cinta berbunga

S-Suami disanjung-tinggi

I-Isteri disayangi

H-Harumlah kasih sepanjang zaman

S-Sayangkan Isteri kasihkan suami

A-Ada masalah, dibincangkan bersama

Y-Yang ringan sama dijinjing, berat sama dipikul

A-Amalkan hidup bertoleransi

N-Nak kekalkan bahagia, itu usaha bersama

G-Gaduh sesekali tu perkara biasa

H-Hati suami mesti dijaga

A-Apatah lagi hati isteri yang mudah tersentuh

T-Tanggung-jawab dipikul bersama

I-Isteri tak makan hati, suamipun tak cari ganti

Posted at 01:07 pm by ila&salzeli
kOmen kat siNi  

Monday, September 13, 2004
BONUS 2004


Tahun ni buat pertama kali nyer aku tak sabar menunggu belanjawan negara.....hihihihi....maklumla...dah jadi kakitangan kerajaan...tambah lak hubby aku pun keja ngan kerajaan..so tahun ni bonus kiranya double la.....balik keja pkul 4 terus jer aku buka radio hanset aku....( cian aku..tak mampu nak beli radio....tV pulak rosak...mengharap sangat dapat bonus 2 bulan gaji....)

ramai yang harap tahun ni dapat bonus 2 bulan gaji memandangkan kerajaan sekarang berjaya menguasai hampir semua negeri di MALAYSIA ni...mana la tau kerajaan bermurah hati sebagai tanda penghargaan kepada rakyat yang menyokong selama ni....

Kiranya bersyukur jugak la diumumkan bonus 1 bulan gaji bagi kakitangan gred A macam aku dan suami aku ni... pastu elaun ITP ( Imbuhan Tetap Perumahan) dinaikkan sebanyak RM45..kalu dulu RM165 sekarang dah jadi RM210...tp aku tak dapat coz aku EPW ( Elaun Perumahan Wilayah )..yer la...khas buat orang yang dok jauh kat kepulaun BORNEO cam aku ni...Aku nak saving duit bonus utk further study next year....klau boleh nak kumpul duit sebanyak mungkin supaya tak membebankan hubby aku bila aku further study nanti...


Posted at 04:42 pm by ila&salzeli
kOmen kat siNi  

Next Page