Friday, September 10, 2004
Umar al-Khattab r. a berkata, terdapat 9 jenis anak syaitan:
1. Zalituun
Duduk di pasar/kedai supaya manusia hilang sifat jimat cermat. Menggoda supaya manusia berbelanja lebih dan membeli barang-barang yang tidak perlu.
2. Wathiin
Pergi kepada orang yang mendapat musibah supaya bersangka buruk terhadap Allah.
3. A'awan
Menghasut sultan/raja/pemerintah supaya tidak mendekati rakyat. Seronok dengan kedudukan/kekayaan hingga terabai kebajikan rakyat dan tidak mahu mendengar nasihat para ulama.
4. Haffaf
Berkawan baik dengan kaki botol. Suka menghampiri orang yang berada di tempat-tempat maksiat (cth:disko,kelab mlm & tempat yg ada minuman keras).
5. Murrah
Merosakkan dan melalaikan ahli dan orang yg sukakan muzik sehingga lupa kepada Allah. Mereka ini tenggelam dalam keseronokan dan glamour etc.
6. Masuud
Duduk di bibir mulut manusia supaya melahirkan fitnah, gosip, umpatan dan apa sahaja penyakit yg mula dari kata-kata mulut.
7. Daasim (BERILAH SALAM SEBELUM MASUK KE RUMAH...)
Duduk di pintu rumah kita. Jika tidak memberi salam ketika masuk ke rumah, Daasim akan bertindak agar berlaku keruntuhan rumahtangga (suami isteri bercerai-berai,suami bertindak ganas, memukul isteri, isteri hilang pertimbangan menuntut cerai, anak-anak didera dan pelbagai bentuk kemusnahan rumah tangga lagi).
8. Walahaan
Menimbulkan rasa was-was dalam diri manusia khususnya ketika berwuduk dan solat dan menjejaskan ibadat-ibadat kita yg lain.
9. Lakhuus
Merupakan sahabat orang Majusi yang menyembah api/matahari.
10. Isetan. ( YANG PALING BAHAYA DAN DITAKUTI )
Sebuah pasaraya yg terkemuka di seluruh duniawi.terdapat di sekitar Lembah klang, singapore, Beijing&.....
Kebaikan: Memberi potongan harga pada Karnival jualan
Keburukan: Melalaikan manusia bershopping sehingga lupa waktu sembahyang dan lupe yg lakinya dah tunggu kat kereta.
Pesanan ;shopping tu agak2 sikit, jangan sampai berlebih2an pulak.Membazir itulah sebenarnya amalan Syaitan.
Posted at 04:05 pm by ila&salzeli
Thursday, September 09, 2004
Impian Hidup dan Cita-Cita
Setiap orang mempunyai impian dan cita-cita sendiri..tak terkecuali jugak dengan aku...dulu masa kecik-kecik aku mempunyai impian untuk berjaya dalam hidup..dapat gaji besar..boleh bantu keluarga aku...sebab masa tu famili aku hidup susah..aku ni anak peneroka..mak aku tak keja...adik beradik aku ramai...9 orang...5 lelaki 4 pompuan...aku anak ke-4...so masa aku kecik2 tu memang terasa peritnya hidup coz aku tak boleh hidup mewah macam budak-budak sebaya aku..
aku ingat lagi...life aku adalah tolong mak aku jaga adik aku...kemas umah,memasak malah sekali sekala kena ikut maka abah aku pegi ladang sawit kutip buah relai....tolong bersihkan ladang dan macam-macam lagi...aku sempat hidup untuk bermain sampai aku darjah 1 jer...coz pastu aku bz tolong mak aku..lagipulak aku ni anak pompuan sulung...so kena la bantu mak aku...masa sekolah walaupun aku hidup susah dan banyak kena bantu mak aku...aku tetap tak abaikan pelajaran...malah kesusahan hidup yang aku dan keluarga aku hadapi membuat aku lebih bersemangat untuk belajar dan berjaya...kesusahan tidak pernah memadamkan semangat untuk aku mencapai impian dan cita-cita aku...
masa kecik-kecik aku bercita-cita nak jadi DOKTOR...sebab masa tu mak aku selalu jer sakit dan masuk hospital...mak aku kerap bersalin...dia jugak ada penyakit darah tinggi...so tiap kali dia pregnant gerenti dia dok hospital berbulan2...biasanya 7 bulan pregnant dia dah lepak hospital..pas bersalin pun lama kena tahan kat WAD....so..masa tu aku pikir..kalau aku jadi DOKTOR...tentu aku dapat bantu orang-orang macam mak aku ni...
dan yang pastinya bila tiap kali mak aku masuk hospital aku la yang jadi pengganti mak aku..masak utk famili aku..mengemas,mencuci,jaga adik aku..semua perkara aku kena bereskan...sedangkan masa tu umur aku baru masuk 8 tahun...tapi takder la aku sorang jer buat..abang-abang aku akan tolong jugak... malah banyak sangat kesusahan hidup dan pelbagai dugaan yang aku dan famili aku hadapi untuk kami mendapat kesenangan seperti ari ni...malah aku ingat sampai hari ni...malah adik beradik dan mak abah aku pun ingat...
masa kami hidup dalam kesusahan..semua jiran dan saudara mara menghina dan mengeji kami...malah keluarga aku selalu dipulaukan...tapi aku bersyukur sebab aku ada mak abah yang kuat semangat dan merekalah yang sentiasa memberi kami adik beradik perangsang untuk berjaya dalam pelajaran dan mengubah taraf hidup kami..aku ingat lagi kata-kata mereka " Abah dan mak takde apa2 harta..hanya ilmu sahajalah yang boleh mereka bagi supaya suatu hari kelah dengan ilmu itu kami dapat harta kami sendiri"..dan kini aku sedar akan kebenaran kata-kata mak abah aku itu...
ari ini semua adik beradik aku telah berjaya dalam hidup dan pelajaran masing-masing berkat doa mak abah aku...malah famili aku kini telah menjadi famili contoh di tempat aku...Walaupun hari ini aku bukanlah seorang DOKTOR...tapi kini aku juga berjaya dalam hidup...aku kini telah menjadi pENSYARAH di MATRIKULASI dan selama 3 tahun aku bekerja ini aku telah menunaikan janji aku kepada maka abah untuk membantu mereka...cuma satu lagi janji pada mak abah yang akan ditunaikan pada 2/10 ni iaitu untuk bawa mereka jalan-jalan PULAU LABUAN ni...
walaupun aku tak dapat mencapai cita-cita aku...aku telah berjanji pada diri sendiri dan suami aku..malah mak abah aku...walaupun tak dapat jadi DOKTOR PERUBATAN..tapi suatu hari aku akan jadi DOKTOR jugak...DOKTOR BIDANG KIMIA...DR NOR FAZILAH AHMAD MAHIR...dan kini aku telah membuat satu langkah ke arah itu dengan meletakkan jawatan sebagai PENSYARAH ini mulai 15 MAC 2005 dan balik semenanjung further MASTER dan akan sambung sampai pHD..INSYAALLAH...Doakan aku berjaya mencapai CITA-CITA aku..
Posted at 01:57 pm by ila&salzeli
Wednesday, September 08, 2004
hari ni aku aku blajo lagi satu perkara yang baru...kalau dulu aku pening kepala macam mana nak masukkan gambo..baru jap tadi aku dah blajo buat fotopages...bila ada fotopages ni...semua gambar yang aku nak masuk boleh masuk.....kalau korang ada masa buka la foto pages aku:
http://kmljkr80.fotopages.com
jangan lupa tengok fotopages aku yek..kalau nak bagi komen tu aku tak kisah..aku terima ngan hati yang terbuka....
lagipun apa yang aku buat ni hanya sekadar mengisi masa lapang dan secara tak langsung kengkawan semua dapat tgk perkembangan terkini aku kan...btul kan!!!!!
Posted at 03:05 pm by ila&salzeli
GAmbo mertua kesayangan aku:
http://srv.fotopages.com/1/2291162.jpg
<
ni gambo famili aku..mak abah aku di sebelah hubby aku...sebelah aku tu mak abah hubby aku..kiranya mertua aku ler...Mertua aku ni dok kat jengka 18....aku tak sangka dipertemukan jodoh dengan orang dekat jer....yer la..sama2 orang pahang...aku orang kuala lipis..hubby aku orang jengka...perjalanan dari umah aku ke umah dia dalam 2 jam lebih la...bergantung kepada kelajuan pemandu menekan minyak..kalau aku drive..ada sampai 3 jam rasanya....aku ni jenis yang tak berani nak bawa laju-laju..coz tiap kali aku bawa laju..ada jer berlaku accident....so..mengelak sebelum kena....
first time aku kenal mertua aku ( mas tu tak kawin lagi ngan hubby aku ni ) pada 27 Disember 2003...masa tu aku ingat lagi...aku balik semenanjung sebab sambut cuti krismas...hihihi..sebenarnya rindu nak jumpa buah hati...aku tak rancang pun nak balik sebab 2 minggu sebelum tu aku dah balik semenanjung berkursus...tapi tiba2 hubby aku suruh balik..hihihi..dia pun rindu aku agaknya..so aku beli tiket last minute...buah hati punya pasal...26hb tu rupanya mak mertua aku ni turun KL coz ada seminar kat PWTC...actually mak mertua aku ni orang yang penting kat jengka ni...macam2 jawatan dia pegang...Sepanjang seminar tu dia lepak kat Hotel Dynasty.....
So..aku pun bagitau la kat hubby aku nak ikut dia pegi jumpa mak mertua aku ni...dia pun setuju...agaknya waktu tu dah terbuka hatinya utk temukan aku nagn mak dia...hihihi...actually aku balik KL lepak umah angah aku..so aku minta la tolong angah aku hantar aku ke hotel Dynasty..aku tak citer nagn dia aku nak jumpa mak hubby aku ni..cuma aku bgtau nak jumpa kawan dan mak kawan aku..angah aku ni sporting..dia siap hantar aku ke hotel tu dan katanya dia akan jemput lepas dia abis tgk midnight ngan k.ngah kat mid valley...
Hihihi...nak tau apa jadi bila aku gi sana...aku punya la gabra..maklumla..nak jumpa bakal mertua..silap langkah boleh kena reject ni...masa aku dan hubby aku sampai hotel tu mak dia baru abis seminar...tau tak..aku punya la tak nak nyusahkan hubby aku masa tu..coz aku bukan la nak jumpa direct mak mertua aku ni..aku nak tengok rupa jer dulu...so aku suruh hubby aku jer gi jumpa mak dia..aku lak gi lepak borak2 nagn pakcik yang aku baru kenal kat ctu...tak sangka lak hubby aku ni memang ikhlas nak bawa aku jumpa mak dia..dia bgtau mertua aku yang dia bawa aku...hihihi...pucat gak aku..kitaorang di bawa ke bilik mak dia...mak dia memang peramah...suka berborak macam aku...
cuma malam tu aku rasa cONFIRM aku kena reject punyer...sebab sepanjang berborak tu mak dia dok citer pasal budak pompuan lain lagi tu...masa tu rasa sedih gak.. hubby aku ni pun dok layan jer la mak dia...mak dia ajak tido kat hotel tu..tapi sebab aku janji ngan angah...aku tunggu la angah datang..kitaorang kuar dari bilik dalam pkul 12.00mlm...punya la tunggu angah aku..pkul 3 pun tak sampai lagi...hubby aku dah risau..yer la..dok lepak kat lobby hotel sampai 3pagi..bahaya sioottt...samapi satu tahap aku dah tak tahan..aku cakap ngan hubby aku..aku balik naik teksi jer...hubby aku risau tp takder pilihan...takkan dia nak hanatr aku balik naik motor ( tak sesuai kan?????)...rupanya balik umah angah, angah aku tak balik lagi...pkul 4 pagi baru angah balik...hmmm....macam tu la kisah first time aku jumpa mertua aku..tapi tak sangka lak...rupanya apa yang aku pikir tu tak betul...mertua aku ni tak kisah siapa calon menantu dia...malam tu gimik jer kot...
Posted at 03:02 pm by ila&salzeli
Posted at 11:07 am by ila&salzeli
Tuesday, September 07, 2004

Ni gambar2 yang diambil masa piknik hari ahad 5 September 2004. Minggu ni sabtu dan ahad dipenuhkan dengan aktiviti piknik....ni jer la aktiviti yang paling menarik pun kat Labuan ni.....kali ni aku gi piknik ngan geng2 aku...Geng2 yang paling kamceng kat KML ni...yang baju pink tu Zira...dia dah kawin tau...walaupun nampak kecik orangnya...tapi sekarang dia tengah pragnent...biasala kan..ni geng2 yang kawin PJJ..tapi hari ahad tu aku dan zira jer yang gi pinik tanpa suami...coz yang lain2 tu suami dah datang labuan...Yang paling comel dok sebelah aku tu Fira...dia pun dah kawin...tapi tak de anak lagi..dah setahun dia nikah..dulu dia kawin PJJ gak...tapi lastly husband dia datang labuan...selain tu geng2 yang join piknik ni adalah fiza dan husband dia Hassan, FArid&husband dia AShraff...NAssry&wife dia Jue..CAmaro,zulhairi dan Ashraf...ari tu kitaorang BBQ ayam, mkan meehun, nasi lemak,puding dan air mangga..ada lgak keropok2...
Posted at 08:39 pm by ila&salzeli
Sabtu baru ni aku pegi piknik....aku bawa student aku...actually piknik ni adalah aktiviti biasa untuk mentor menti....korang yang dok kat KMl ni tentu tau apa mentor menti ni kan...dan yang pastinya piknik ni menjadi aktiviti tahunan punya...sebenarnya aku gi piknik ni bukan atas tiket mentor menti...ni aktiiti aku sendiri....aku tahun ni tak dilantik dah jadi mentor...sebabnya tahun depan aku dah nak brenti....klau tak jadi mentor ni kiranya kurang ckit la beban aku...bukan apa..mentor ni macam mak/ayah angkat pada student kat cni...maklumla semuanya orang merantau....klau jadi mentor banyak la keja ckit...tapi aku ni takde beban cari beban....bukannya apa2 cuma mengisi masa lapang hujung minggu...yer la..dok labuan ni...hujung minggu adalah hari yang paling aku tak suka...biar bekerja..cepat ckit masa berlalu..klau cuti...terseksanya jiwa aku...tambah lak klau tak dapat balik jumpa laki aku...seksa zahir dan batin....
balik semula kisah piknik aku....ari tu aku bawak student mengulang...17orang...budak2 ni aku dah kenal setahun yang lalu..coz tahun ni depa semua mengulang matrik...so depa dah biasa ngan aku....ari tu kitaorang pegi pantai PANCHUR HITAM....aku ni kira pensyarah yang baik la...coz budak2 ni tak payah bawa apa2 makanan..semuanya aku sediakan...maklumla..semua student yang aku bawa lelaki...mana la pandai nak masak2 ni...tambah lak aku ni memang hobi memasak....aku masak nasi lemak, perap ayam dan sosej untuk BBQ,buat puding jagung...yang lain2 tu beli makanan ringan dan air aku buat teh O ais jer....yang pastinya budak2 ni happy la dapat makan masakan aku.....banyak giler aku masak..sampai yang lebih tu depa angkut bawa balik bilik...sampai sekarang periuk dan tupperware aku tak dipulangkan lagi.....ari tu selain makan dan BBQ..aku bagi depa buat acara bebas....yer la..time ni depa nak release tensen...lagipun tak lama lagi depa dah nak exam.....
Posted at 06:39 pm by ila&salzeli
Assalamualaikum semua.....
tima kasih la bagi saper-saper yang membuka dan membaca blog aku ni...dah beberapa hari aku tak update blog aku ni....sabtu ahad tak keja..so malas nak g opis online..kat umah aku takde intenet...laptop ada tp tak pasang intenet....semalam aku seharian bz...ari ni pun dari 7.30 tadi aku ada klas sampai 10.30..jap lagi 11.30 ada klas...dah la pagi2 buta tadi lif rosak..nasib baik opis aku tingkat 2 jer...tak ler penat sangat mendaki tangga...tapi klas aku ari ni kat tingkat 3...penat btul la...hmmm...sekurang-kurangnya aku ada exercise tambahan...hihihihi....
Posted at 11:07 am by ila&salzeli
Friday, September 03, 2004
Ni gambo anak sedara aku...dilahirkan pada 29 Januari 2003...NAmanya MOHD HAZIQ DANISH BIN NAHAR ASRI RAZAK....bapak dia ni abang sulung aku...MAk dia besfren aku masa aku kat UKM..dari First Year sampai Final yEar kitaorang ke hulu hilir bersama-sama...mak dia nama NORAFIZA Omar...aku panggil Fiza masa blajo dulu...sekarang dah jadi akak ipar aku..so kena panggil K.long la....
Dulu aku la jadi orang tengah mempertemukan abg long dan k.long aku ni....Masa kat UKM k.long aku ni ramai peminat...ramai yang nak tackle...tapi lastly jadik akak ipar aku....sebenarnya selepas aku jadi orang tengah untuk depa macam-macam berlaku..malah hubungan aku ngan fiza ni makin renggang....masa blajo kami gi klas sama-sama,makan sama,tengok wayang sama2..semua benda sama...malah kalu beli baju,hanset,kamera pun sama...yang tak sama cuma dia jenis melawa aku ni jenis sempoi...Kerenganggan ni mungkin disebabkan aku tak dapat terima bila dia couple ngan abg aku...coz bila dah couple...abg aku masa tu kurang perhatian dah kat aku...pastu aku terasa seperti hilang kawan baik...dah takde kawan untuk pegi makan,jalan-jalan,tengok wayang....
macam-macam aku buat...yang pastinya semua yang aku buat sebagai tanda protes aku..malah aku bergaduh dan berperang besar dengan abg aku...aku tak nak jumpa abg aku...malah punya la aku merajuk....sampai hari raya pun aku tak balik umah...masa tu aku marah gak ngan famili aku sebab tak memihak kat aku...kemuncak protes yang aku tunjuk bila aku langsung tak pergi ikut abg aku masa dia nikah..aku sorang jer takde...masa mereka nikah aku keja kat nilai...on d way ke umah k.long aku kat JB...famili aku datang jemput....tapi aku punya la keras ati...tak ambik cuti pun...klau pikir memang melampau..tapi masa tu perasaan marah dan geram mengatasi segalanya...
cuma masa time kenduri sambut menantu kat umah aku...aku terpaksa balik juga bila mak aku ugut aku...mak aku cakap..kalau aku tak balik..dia tak maafkan aku...takut gak aku..tak nak la jadi anak derhaka....masa mereka nikah kitaorang baru abis blajo..result tak kuar lagi..tak konvo lagi...actually akak ipar aku ni lebih terror dari aku...aku ni kuat main ckit....so abg long aku ni pernah cabar aku supaya menaikkkan pointer aku...paling kurang sama kelas ngan k.ipar aku...tu yang buat aku lagi tercabar...
aku ingat lagi...2 minggu pas mera nikah..result kuar...aku punya la gembira tak terkata coz aku dah berjaya menyahut cabaran along aku..aku berjaya naikkan pointer aku dan dok sama kelas ngan k.ipar aku...apa lagi..terus aku call along bgtau...depa janji nak bagi hadiah kat aku....hihihi..sampai sekarang tak dapat pun....aku konvo bulan ogos 2002...masa konvo tu pun aku takde la baik sangat ngan abg aku...tapi nagn k.long aku ok la ckit...tambah lak..masa tu k.long aku dah pregnant....kiatorang dok sebelah-sebelah masa konvo...Supervisor projek aku DR JALIFAH paling seronok bila tengok aku dan k.long aku naik pentas...begitu gak ngan mak abah aku...anak dan menantu terima ijazah...
seingat aku...aku mula berbaik ngan along dan k.long aku bila aku dah dapat keja sebagai pensyarah matrikulasi pada 1 NOV 2003.masa tu aku telah buktikan pada abg dan keluarga aku yang aku boleh BERJAYA...masa aku diterima menjadi pensyarah..along aku orang pertama yang aku bagitau...bila aku nak di tukar ke LABUAN ni pun...mereka yang pertama diberitahu...sekarang kami dah rapat semua malah mereka la banyak support aku bila aku putus cinta...dan bila aku nak kawin..meraka la banyak bantu..malah k.long siap jadi mak andam aku..sesuai ngan dia yang suka melawa...
Posted at 05:54 pm by ila&salzeli
Wednesday, September 01, 2004
50 Steps To a Happy Marriage
50 Steps To a Happy Marriage....
* Start each day with a kiss.
* Wear your wedding ring at all times.
* Date once a week.
* Accept differences.
* Be polite.
* Be gentle.
* Give gifts.
* Smile often.
* Touch.
* Talk about dreams.
* Select a song that can be "our Song".
* Give back rubs.
* Laugh together.
* Send a card for no reason.
* Do what the other person wants before he or she asks.
* Listen.
* Encourage.
* Do it his or her way.
* Know his or her needs.
* Fix the other person's breakfast.
* Compliment twice a day.
* Call during the day.
* Slow down.
* Cuddle.
* Ask for each other's opinion.
* Show respect.
* Welcome the other person home.
* Look your best.
* Wink at each other.
* Celebrate birthdays in a big way.
* Apologize.
* Forgive.
* Set up a romantic getaway.
* Ask, "What can I do to make you happier?".
* Be positive.
* Be kind.
* Be vulnerable.
* Respond quickly to the other person's request.
* Talk about your love.
* Treat each other's friends and relatives with courtesy.
* Send flowers every Valentine's Day and anniversary.
* Admit when wrong.
* Be sensitive to each other's sexual desires.
* Pray for each other daily.
* Watch sunsets together.
* Say "I love you" frequently.
* End the day with a hug.
* Seek outside help when needed
Posted at 04:57 pm by ila&salzeli